Monday, September 17, 2018

Tele Bantuan Bagi Insuran Takaful Malaysia

Perkhidmatan Tele Bantuan

Kami bersedia membantu

Kita tidak dapat meramalkan bila kita akan mengalami kerosakan kereta – sama ada kenderaan kehabisan bateri ataupun tayar pancit. Jangan khuatir, kami bersedia untuk membantu anda melalui perkhidmatan Tele Bantuan kami.

Apakah Tele Bantuan?

Tele Bantuan merupakan program bantuan kecemasan kereta 24/7 yang disediakan untuk semua peserta yang layak dibawah perlindungan Takaful Motor Persendirian Komprehensif*.

Apakah yang dilindungi dibawah Tele Bantuan?

  • Kerosakan
    Jika kenderaan anda mengalami kerosakan, anda layak untuk mendapatkan perkhidmatan berikut:
    • Pembaikan Kerosakan Kecil di Bahu Jalan 24/7
      Pengendali perkhidmatan Tele Bantuan kami akan membantu dan membaiki kenderaan di bahu jalan dengan kos buruh percuma sehingga 2 jam. Pembaikan kerosakan kecil di bahu jalan adalah pembaikan yang boleh dilakukan di tempat kejadian. Sebagai contoh perkhidmatan “jumpstart”, penukaran bateri atau tayar, penghantaran kecemasan petrol dan/atau kerja-kerja pendawaian kecil. 

      Walau bagaimanapun, semua kos lain yang terlibat termasuk penggantian alat ganti kenderaan semasa pembaikan dan caj tol, jika ada, akan ditanggung oleh anda.

    • Perkhidmatan Tunda 24/7
      Jika kenderaan anda tidak boleh dibaiki di tempat kejadian, pengendali perkhidmatan Tele Bantuan kami akan menyediakan perkhidmatan tunda percuma dari tempat berlaku kejadian ke bengkel panel Takaful Malaysia yang terdekat, ​sehingga 50km bagi setiap kejadian. Untuk jarak tambahan yang melebihi 50km, anda perlu membayar kos tambahan iaitu RM2.00 bagi setiap kilometer.
  • Kemalangan
    Jika kenderaan anda terlibat dalam kemalangan, pengendali perkhidmatan Tele Bantuan kami akan menyediakan perkhidmatan tunda percuma sehingga jumlah maksimum sebanyak RM200 ke bengkel panel Takaful Malaysia yang berhampiran.

Nota:
  1. Perkhidmatan Tele Bantuan hanya terdapat di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
  2. Sila klik di sini untuk situasi/perkara yang tidak dilindungi di bawah P​erkhidmatan Tele Bantuan.

Siapa yang perlu saya hubungi sekiranya berlaku kerosakan kenderaan atau kemalangan?

Sila hubungi nombor talian 24 jam Tele Bantuan kami di 1800-888-788 untuk bantuan.
Atau Call / Whatsapp 0135133241  - Ejen Takaful anda. 
Penafian:
Takaful Malaysia mempunyai hak untuk mengubah manfaat dan pengecualian untuk Program Tele Bantuan tanpa memberikan notis awal kepada peserta yang layak.
​​​​​​​​​

No comments:

Post a Comment

Pengenalan

APA BEZA MARKET VALUE DENGAN AGREED VALUE ?

Just sharing info , beza Market Value dengan Agreed Value . Kalau ada bajet lebih better pilih Agreed Value. Mcm mana nak pilih? ni l...