Thursday, June 21, 2018

SEMAK HARGA ROADTAX DAN INSURANS

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
JOM SEMAK HARGA ROADTAX DAN INSURANS KENDERAAN ANDA DENGAN KAMI
.
💥RENEW ROADTAX DAN INSURANS DENGAN MUDAH DAN MURAH!💥
.
TANPA GERAN?? BOLEH AJE....
.
Hanya WhatsApp kami details kenderaan
📲0135133241
www.wasap.my/60135133241
www.wasap.my/60135133241
.
Jika maklumat lengkap dan tiada masalah, kita proses dokumen untuk anda secepat mungkin. InsyaAllah.👍
.
Insurans yang mematuhi SYARIAH.
Kami adjust dalam kadar yang berpatutan
Free Quotation (sebutharga secara percuma)
Boleh berurusan secara ONLINE
Boleh Pos
Boleh emel / WhatsApp
Bandingkan harga kami. 
Promosi: Renew Roadtax yang tamat tempoh lebih setahun , limit 3 tahun tanpa puspakom hingga 30 Jun 2018.
Lokasi:
Kedai lot 3 , Surau AlAnmiah
35500 bidor, perak.
(Area Surau Simpang 3, Jalan Teluk Intan)
Berurusan seluruh Malaysia.

[Menyertai Polisi Insurans Konvensional: Halal Atau Haram?]


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telahpun memutuskan hukum berkaitan dengannya dalam beberapa siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional. Secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya juga adalah haram
By: Abdul Muhaimin Mahmood
Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana memakan yang haram boleh menghalang doa dan ibadat dari diterima oleh Allah SWT.
[1] Rasulullah SAW bersabda;
وعن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : ] طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم.[ [2] رواه الطبراني في الأوسط وإسناده حسن
Maksudnya: Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan).
Merujuk kepada persoalan hukum insurans konvensional, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telahpun memutuskan hukum berkaitan dengannya dalam beberapa siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional.
Secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya juga adalah haram. Berikut dilampirkan keputusan-keputusan muzakarah berhubung insurans konvensional:

2]Hukum insurans nyawa.
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:
Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
Mengandungi unsur judi.
Mengandungi muamalah riba.

[3]
Hukum insurans am
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Kajian Hukum Insurans Am. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum ke atas Insurans Am adalah tidak diharuskan oleh Islam.

[4]
Hukum mempromosikan produk insurans konvensional.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah.
Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba.
Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.

[5]
Selain dari status hukum isurans nyawa, insurans am dan hukum mempromosikan produk tersebut, muzakarah turut membincangkan tentang status pampasan polisi insurans konvensional selepas kematian pembeli polisi, pada muzakarah kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011..
Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (c) di atas.
Berdasarkan keputusan-keputusan yang disebutkan di atas, jelas menerangkan tentang status hukum bagi insurans konvensional. Justeru, umat Islam sewajarnya meninggalkan produk-produk konvensional yang telah diharamkan oleh Allah SWT.
Sebagai alternatif kepada produk-produk konvensional tersebut, umat Islam hendaklah mengambil produk-produk takaful yang patuh syariah yang menawarkan pelbagai jenis perlindungan secara Islam.
Dewasa ini tiada lagi alasan darurat yang mendesak umat Islam untuk tidak mengambil dan menggunakan produk-produk perlindungan berasaskan takaful yang patuh syariah. Bahkan menjadi kewajipan pada mereka untuk mendokong produk-produk berasaskan takaful, sebagai menggantikan produk-produk konvensional yang diharamkan dalam Islam.
Sekarang ini pengguna boleh memilih syarikat-syarikat pengendali takaful patuh syariah, yang telah diberikan lesen oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini terdapat 12 syarikat pengendali takaful yang patuh syariah di Malaysia sebagimana dipaparkan dalam web BNM

[6].
Syarikat-syarikat tersebut ialah:
AIA AFG Takaful Bhd
AmFamily Takaful Berhad
CIMB Aviva Takaful Berhad
Etiqa Takaful Berhad
Great Eastern Takaful Sdn Bhd
Hong Leong MSIG Takaful Berhad
HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad
Prudential BSN Takaful Berhad
Syarikat Takaful Malaysia Berhad
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
MAA Takaful Berhad.

KESIMPULAN
Islam mewajibkan umat Islam mencari sesuatu halal dalam segenap perkara. Sehubungan itu, menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk meninggalkan produk-produk perlindungan insurans konvensional kerana ia adalah produk yang tidak diharuskan dalam Islam.
Justeru, umat Islam di negara sewajarnya memastikan mereka hanya menggunakan produk-produk perlindungan takaful yang berteraskan Islam yang patuh syariah.
==================================
JOM BERURUSAN PERBAHARUI ROADTAX DAN INSURANS KENDERAAN DENGAN KAMI YANG MENAWARKAN INSURANS YANG PATUHI SYARIAH. InsyaAllah.
Hubungi: 0135133241

Monday, June 18, 2018

CARA SEMAK SAMAN JPJ / POLIS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sekadar ingin berkongsi beberapa info untuk pengetahuan sahabat sekalian.

1) Semakan saman #JPJ / AES :
Klik link ini:

Atau secara SMS:
JPJ<jarak>SAMAN<jarak>No KAD PENGENALAN ATAU NO KENDERAAN
Dan hantarkan SMS ke 15888
Contoh:
JPJ SAMAN 870111081234 atau JPJ SAMAN AHM1000
***********************************************************

2) Atau Semak SAMAN #PDRM melalui mesej- SMS:

Taipkan:
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No KAD PENGENALAN ATAU NO KENDERAAN
Dan hantarkan SMS ke 15888
Contoh:
POLIS SAMAN 870111081234 atau POLIS SAMAN AHM1000

Jika ingin info saman pdrm yang terperinci boleh SMS seperti berikut:
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No KAD PENGENALAN ATAU NO KENDERAAN<jarak>Email
Dan hantarkan SMS ke 15888
Contoh:
POLIS SAMAN 870111081234 lisa07@gmail.com atau POLIS SAMAN AHM1000 lisa07@gmail.com
Butiran saman akan dihantar pada emel anda.
***********************************************************

Semoga bermanfaat. Dipersilakan untuk #share 
Like page kami : Mudahroadtax.com
Instagram rasmi : mudahroadtax2018

SERVIS RENEW ROADTAX DAN INSURANS PATUHI SYARIAH SELURUH MALAYSIA SECARA ONLINE / WALK IN
Call / WhatsApp 0135133241
www.wasap.my/60135133241

Dapatkan sebutharga secara percuma dengan kami kiraan mengikut kadar bajet anda.
Lokasi:
Kedai Lot 3, Madrasatul AlAnmiah
35500 Bidor Perak.
(Surau Simpang 3, Jalan Teluk Intan)

Postage Seluruh Malaysia

Harga Roadtax

Harga Roadtax Perodua

– Kembara 1.3cc RM100
– Axia 1.0cc RM20
– Viva 1.0cc RM20
– Myvi 1.3cc RM70
– Myvi 1.5cc RM90
– Kancil RM20
– Kelisa RM20
– Alza RM90
– Rusa 1.6 RM120
– Bezza 1.3 RM70

Harga Roadtax Proton

– Saga 1.3cc RM70
– Saga 1.6cc RM90
– Ertiga 1.4cc RM70
– Iswara 1.3cc RM70
– Iswara 1.5cc RM90
– Savvy 1.2cc RM55
– Wira 1.3cc RM70
– Wira 1.5cc RM90
– Wira 1.8cc RM279
– Waja 1.6cc RM90
– Gen2 1.3cc RM70
– Gen2 1.6cc RM90
– Exora 1.6cc RM90
– Satria 1.6cc RM90
– Satria 1.8cc RM279.20
– Perdana 2.0cc RM380
– Inspira 1.8cc RM279.20
– Inspira 2.0cc RM 379.00

Harga Roadtax Honda

– City 1.5cc RM90
– Civic 1.3cc RM70
– Civic 1.5cc RM90
– Civic 1.8cc RM279.60
– Civic 1668cc RM227.20
– Civic 2.0cc RM379
– Jazz 1497cc RM90
– Jazz Hybrid 1339cc RM70
– BR-V 1.5cc RM90
– CRV 2.0cc RM438.80
– HRV 1.8cc RM279.60
– Freed 1497cc RM120
– Stream 1799 RM279.60
– Stream 1998 RM379
– Accord 2.0cc / 1997cc RM378.50
– Accord 2.4cc RM736
– Elysion 2.4cc RM723.20
– Odyssey 2354cc RM734
– Odyssey 2156cc RM536

Harga Roadtax Toyota

– Vios 1.5cc RM90
– Avanza 1.3cc RM70
– Sienta 1497cc RM120.00
– Altis 1.8cc RM277.60
– Unser 1.8cc RM354.30  @ RM272.40
– Cambry 2.0cc RM379
– Cambry 2.4cc RM742
– Cambry 2.5cc RM874
– Innova 2.0 RM379
– Caldina 2.0cc RM379
– Estima 2.4cc RM729.60
– Estima 3456cc RM2369.60
– Wish 1.8cc RM278.80
– Wish 2.0 RM379.00
– Wald  1998cc RM379
– Alphard 2362cc RM729.60
– Alphard 2493cc RM834.40
– Alphard 3.0 RM1630.40
– Harrier 2.36cc RM742.00
– Harrier V6 2994cc RM1630.40
– RAV4 2.0cc RM439.20
– Fortuner 2694cc RM1150.40
– Vellfire 2362 RM729.69
– Hilux 2494cc RM835.20
– Hilux 2982cc RM1611.20

Harga Roadtax Naza

– Naza Citra 2.0cc RM367.50
– Naza Ria 2.5cc RM837.60
– Rondo 1998cc RM379.00
– Sorento 2359cc RM727.20
– Sorento 2497cc RM837.60

Harga Roadtax Audi

– A5 1984cc RM372.00
– Q5 2.0cc RM433.60
– TT 1984cc RM372.00
– Q7 2995cc RM1,632.00

Harga Great Wall

– M4 1497cc RM120.00

Harga Roadtax Chevrolet

– Captiva 1991cc RM436.40
– Aveo 1498cc RM90.00
– Orlando 1976cc RM278.40

Harga Roadtax Nissan

– Almera 1.5cc RM90
– Grand Livina 1.6cc RM90
– Grand Livina 1.8cc RM279.20
– Selphy 2.0 RM378.50
– Teana 2.0  RM378.50
– Navara 2488cc RM830.40
– X-TRAIL 2.0L RM439.20
– X-TRAIL 2.5L RM830.40
– Serena 2.0cc RM439.20
– Sentra 1.6  1597cc RM 90.00
– Vanette 1488cc RM120
– Liberty 1998cc RM439.20
– Latio 1.8 1798cc RM 279.20
– Teana 2.5 V6 Premium 2496 RM 876.00
– Fairlady 3498cc RM4371.00
– Frontier2.5 4WD Gronroad (M) 2488cc RM 2012.50

Harga Roadtax Mitsubitshi

– Triton L200 2447cc RM821.60
– Lancer 2.0cc RM379.00
– Chariot 2354cc RM730.00
– Grandis 2378cc RM758.00
– ASX 1998cc RM379.00
– Airtrek 2.0cc Turbo RM438.80
– Pajero 2499cc RM821.60
– Pajero  L047 2555cc RM928
– Pajero IO 1834cc RM373.20

Harga Roadtax Kia

– Optima 2.0cc RM378.50
– Picanto 1.1cc RM55
– Cerato 2.0cc RM379.50
– Pregio 2665cc RM1236.80
– Forte 1998cc RM379.00
– Forte Koup 1998cc RM379.00
– Forte 1.6cc RM90
– Spectra 1.6cc RM90

Harga Roadtax Ford

– Econovan 1415cc RM120
– Econovan 2184cc RM587.20
– Spectron 1799cc RM356.70
– Ranger 2198cc RM598.40
– Ranger 2499cc RM839.20
– Fiesta 1596cc RM90
– Ecosport 1498cc RM120
– Focus 1999cc RM379.50
– Ranger 2198cc RM598.40

Harga Roadtax Chery

– Easter 1971cc RM365.50
– B14 2350cc RM730

Harga Roadtax Subaru

– XV 1995cc RM438
– Impreza 1994cc RM377

Harga Roadtax Volkwagon

– Passat CC 1984cc RM372.00
– Tiguan 1984cc RM433.60
– Polo 1197cc RM55.00
– Scirocco 1390cc RM70
– Golf TSI 1390cc RM70
– EOS T FSI  1984cc RM372.00
– Jetta 1390cc RM70

Harga Roadtax Suzuki

– Swift 1.5cc RM90
– APV 1.6cc RM120
– Vitara 2.0 RM377.50
– Grand Vitara 2.0 RM438.00

Harga Roadtax Mazda

– Mazda CX5 1988cc RM439.20
– Mazda 2 1.5cc RM90
– Mazda 3 2.0cc RM379
– Mazda 6 2.0cc RM379.00
– Mazda 8 2261cc RM648.80

Harga Roadtax Hyundai

– i10 1.0cc RM55
– i10 1248cc RM70
– Getz 1341cc RM70
– Grand Starex 2497cc RM837.60
– Sonata YF 2.0 Sport 1998cc RM379
– Matrix 1.6 RM90
– Santa Fe 2.2 CRDi 2199cc RM579
– Santa Fe 2.2 CRDI VGT 4WD 2188cc RM590.40
– Santa Fe 2.4 4WD 2359cc RM739

Harga Roadtax Inokom

– Elantra 1.6cc RM90
– Elantra 1.8cc RM278.80
– Atos 1086cc RM55
– I10 1086cc RM55

Harga Roadtax Foton

– View 2771cc RM1273.60

Harga Roadtax Peugeot

– 3008 THP 1598cc RM120.00
– 308 1598cc RM90
– 408 1997cc RM378.50

Harga Roadtax Isuzu

– D-MAX DDI ITEQ 4X2 TFR85HDAT1 (A) 2999cc RM1638.40

Harga Roadtax BMW

– E46  2494cc RM874
– 525 2.5cc RM874.00
– 523 2497cc RM877.00
– 320 1997cc RM375.50
– 3161 1598cc RM90
– 318I 1995c RM377.50
– 325 2.0cc RM377.50
– 325i 2497cc RM877.00
– 320i 2.2cc RM551.00
– X6 2979cc RM1606.40
– M3 Sedan 760Li 3999cc RM 6625.50
– M5 4.4 V8 4395cc RM 8407.50
– 3-Series coupe 325i 2497cc RM 877.00
– 7-Series 760Li Individual 5972cc RM 15,504.0

Harga Roadtax Volvo

– S60 1.6 T4 1596cc RM 90.00
– V40 2.0 T5 1984cc RM 372.00
– S40 2.0 1999cc RM 379.50
– XC90 2.5 T5 2521cc RM 932.5

Harga Roadtax Mercedes Benz

– B180 1.7cc RM239.60
–  E250 1991cc RM375.50
– C180 1796cc RM278.40
– C200 K (A) 1998cc RM379.00
– C 270 2685cc RM1342.50
– E 240 2597cc RM1122.50
– BENZ E300 2143cc RM523.00
– M-Class ML 3504MATIC 3498cc RM 4371.00
– S-Class s 500 L blurEFFICIENCY 4663 RM 9613.50
– S300 2999ccc RM2120
– C-Class Sedan C 63 AMG 6208cc RM 16,566.00
Kredit info : roadtax2u.com
Perbaharui roadtax dan insurans dengan Mudahroadtax.com . Call/Whatsapp 0135133241

Pengenalan

APA BEZA MARKET VALUE DENGAN AGREED VALUE ?

Just sharing info , beza Market Value dengan Agreed Value . Kalau ada bajet lebih better pilih Agreed Value. Mcm mana nak pilih? ni l...