Insurans motor melindungi kenderaan anda, sama ada motorsikal, kereta atau lori, daripada risiko seperti kemalanganatau kecurian.
Umumnya, terdapat tiga jenis insurans motor, iaitu, pihak ketiga, kebakaran dan kecurian; dan perlindungan komprehensif. Tahap perlindungan yang anda ada menentukan apa boleh anda tuntut sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan atau kerugian.
Memilih Polisi Insurans:
Apabila memilih insurans motor, sentiasalah:
- Menyemak terlebih dahulu harga pasaran kenderaan anda. Bagi kenderaan baru, jumlah diinsuranskan adalah harga beli kenderaan tersebut.
- Memastikan kenderaan anda diinsuranskan dengan secukupnya kerana ia akan memberi kesan ke atas jumlah yang anda boleh tuntut.
- Mendedahkan semua fakta penting termasuk tentang kemalangan yang lepas (jika ada), pengubahsuaian enjin dan lain-lain.
- Pastikan jumlah yang diinsuranskan merupakan nilai pasaran kenderaan anda dan bukan nilai lain untuk mengelakkan terlebih atau terkurang insurans.
Info: insuranceinfo.com.my
Servis Renew Roadtax dan Insurans Seluruh Malaysia
Call/whatsapp 0135133241
Mudahroadtax Perak
No comments:
Post a Comment